Rider Mengamuk Sepak Pintu Gara-Gara Pelanggan Salah Pin Lokasi, Telefon Tak Jawab

WorldEntertainment
31 May 2022 • 1:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bergelar seorang penghantar makanan atau rider sememangnya tak mudah. Selain kena panas dan hujan, mereka perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Apa yang penting bagi mereka adalah makanan sampai dengan selamat kepada pelanggan. Tetapi ada juga pelanggan yang langsung tidak peka dengan lokasi dan tidak menjawab panggilan daripada rider.

Seperti video viral di TikTok ini, seorang rider dilihat mengamuk tendang pintu pejabat dan objek lain kerana berang pelanggan salah pin lokasi dan panggilan telefon tidak berangkat.

https://www.tiktok.com/@uciluna_/video/7103498426108693786

Pengguna TikTok Uci Luna yang mengakui kesilapan daripada pihaknya sudah meminta maaf dan mahu memberikan tips kerana rasa bersalah, tetapi rider beritahu tidak cukup dan masih marah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memihak kepada rider terbabit kerana faham kepenatan yang dilaluinya dan merasakan apa yang dilakukan oleh pelanggan-pelanggan itu sememangnya menyusahkan.

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.