Tular Virus Cacar Monyet Dah Merebak Di Malaysia, Ini Jawapan KKM

25 May 2022 • 10:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kkm

Virus Covid-19 masih belum reda, timbul pula virus lain yang dipanggil sebagai cacar monyet yang membuatkan orang ramai tak senang duduk. Baru-baru ni tular di media sosial, virus cacar monyet telah merebak ke Malaysia namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyangkal maklumat tersebut.

Menerusi posting di Facebook KKM, sehingga 24 Mei 2022, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkaitan kes kanak-kanak yang dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet yang tular di media sosial.

Perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan

KKM menyatakan jika benar kanak-kanak itu dijangkiti virus cacar monyet, waris kepada anak kecil itu perlulah membawanya ke hospital kerajaan yang berdekatan dan perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.

image is not available

Orang ramai juga dinasihati untuk lebih berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu berita yang tidak sahih. Jika ada masalah kesihatan, pesakit atau waris perlulah mendapatkan nasihat doktor berkaitan masalah yang dihidapi, bukannya menularkan sesuatu yang tiada kesahihannya.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

The post Tular Virus Cacar Monyet Dah Merebak Di Malaysia, Ini Jawapan KKM appeared first on Oh! Media.