Tak Datang Majlis Kahwin Sendiri, Pengantin Lelaki Mogok Motorsikal Dijual Untuk ‘Cover’ Kos Kenduri

25 May 2022 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari perkahwinan sememangnya hari yang paling bahagia dinantikan bagi setiap pasangan bercinta.

Namun, malang bagi seorang pengantin perempuan ini apabila bakal suami yang sepatutnya bersanding bersama-sama di atas pelamin tidak hadir ke majils perkahwinan tersebut.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Palembang, Sumatera Selatan itu terjadi kerana pengantin lelaki berasa marah terhadap pengantin wanita berkenaan.

image is not available

Memetik laporan Kosmo, dikatakan lelaki itu mogok kerana motosikal miliknya telah dijual ibu bapa sendiri atas sebab menampung kos perbelanjaan pernikahan.

Selain itu, lelaki itu juga pernah menghubungi pengantin perempuan yang dikenali sebagai DH menerusi aplikasi WhatsApp untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara yang berlaku.

Lelaki itu juga menyalahkan pengantin perempuan atas penjualan motosikal itu dan menyuruhnya mengembalikan wang yang telah digunakan.

Dibawah kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

'Viral' Gambar Hari Raya Dengan Keluarga, Amar Asyraf Didakwa Sudah Berkahwin Kali Ketiga