Peniaga ‘Cekik Darah’ Jual Mi Celup RM9 Sebungkus Kena Kompaun Dan Notis

11 May 2022 • 4:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini viral perkongsian seorang pengguna Facebook di laman ‘Tanah Merah di Hatiku’ mendakwa mi celup yang dibelinya di Pasar Besar Tanah Merah cekik darah.

Dakwanya, dia membeli 8 bungkus mi celup biasa dengan jumlah RM72. Selain mahal, rasa mi celup itu dikatakan tidak sedap.

image is not available

Bertindak kepada aduan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah telah memeriksa premis itu selepas kejadian tular di media sosial.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir, kompaun dan notis kepada seorang peniaga wanita berusia 33 tahun yang mengaku kejadian tular melibatkan gerai miliknya.

Peniaga berkenaan diberikan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011. 

Peniaga juga diberi tempoh dua hari untuk menjawab dan memberikan alasan berhubung dakwaan yang timbul.

Selain notis, KPDNHEP turut mengeluarkan kompaun kerana tidak meletakkan tanda harga di bawah Perenggan 5 Perintah Kawalan Harga dan AntiPencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article