Warga emas hilang 4 hari ditemui selamat

8 May 2022 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kebun getah Kampung Malangkap Kapa sejak 4 Mei lalu, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan hutan di kampung berkenaan, pagi Sabtu.

Gorin Galais, 74, ditemui pasukan bomba pada jam 10.30 pagi Sabtu kira-kira satu kilometer dari kawasan kediamannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah namun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, seramai lima anggota bomba dan lima Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dikerah ke lokasi berserta sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan melibatkan bantuan 49 penduduk kampung, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Pasukan SAR menemui mangsa dalam keadaan letih sejauh 1.36 kilometer dari lokasi pos kawalan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa keluar dari kawasan hutan menggunakan ‘Robinson stretcher’.

“Sebaik tiba di pos kawalan, mangsa dihantar ke hospital Kota Belud menggunakan ambulan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 1 petang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahruddin Mat Husain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk penduduk kampung yang membantu mengesan mangsa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.