Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera jadi tumpuan

LocalPolitics
7 May 2022 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BERA- Selepas dua tahun, orang ramai tidak melepaskan peluang membanjiri Dataran Kerayong sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 pada Sabtu.

Puluhan ribu pengunjung pelbagai kaum dari daerah ini dan sekitarnya tiba sejak jam 9 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera tiba dengan berpakaian busana baju Melayu warna hijau pucuk pisang muda kira-kira jam 9.35 pagi di dataran tersebut.

Sebanyak 32 gerai mengambil bahagian dalam sambutan tersebut yang menyajikan pelbagai hidangan antaranya lemang, rendang, nasi impit, ketupat palas, tapai, laksa serta minuman buat pengunjung.

image is not available

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap majlis tersebut yang dihadiri semua kaum dan etnik berkumpul sebagai satu keluarga besar yang bukan hanya dari Bera malah dari luar daerah tersebut.

Hadir sama, Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.