(VIDEO) “Seluar RM150..” – ‘Ex-Gf’ Tuntut Barang Lepas Putus Cinta, Respon Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Entertainment
31 May 2022 • 9:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lumrah bercinta, pasti ada pasang surut dalam perhubungan dan ada juga yang terputus di tengah jalan.

Kalau bercinta tu, pastinya banyak wang dihabiskan tidak kiralah untuk ambil hati pasangan dengan belanja makan atau hadiah sepanjang perhubungan.

Seperti satu kisah ‘cinta tak jadi’ ini, respon lelaki ini apabila diminta untuk memulangkan kembali barang-barang yang pernah diberi oleh bekas teman wanitanya telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam hantaran video TikTok itu, wanita berkenaan telah menuntut kembali beberapa barang seperti seluar, baju dan dompet yang berharga ratusan ringgit.

Tidak mendiamkan diri, lelaki itu kemudian ‘mengungkit’ kembali apa yang pernah diberikannya kepada wanita tersebut semasa mereka bercinta.

image is not available

Sumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa puas hati melihat tindakan lelaki itu yang dianggap ‘buku bertemu ruas’.

Kalau dah benci tu kan..semua nak tuntut balik ye!

image is not available 20 jam lalu

"Wedding Of The Year" - Pelamin RM600k, Duit Hantaran Cecah RM400k, Netizen Terpukau Lihat Majlis Gah Pasangan Ini

View Original Article