Veteran ATM Berjemur Berjam Nak Tuntut Hak Pencen, Orang Atasan ‘Relax’ Bawah Khemah?

24 May 2022 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di Twitter baru-baru ini, satu ciapan yang memaparkan nasib veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ‘disidai’ di tengah panas terik untuk menuntut hak mereka.

Difahamkan, veteran-veteran itu terpaksa mendengar ucapan di perhimpunan sambil berdiri di tengah panas selama berjam-jam dan hal itu yang menaikkan amarah netizen kerana seakan-akan veteran ATM itu semua diperlekehkan.

Veteran ATM itu semua dibiarkan berdiri di tengah-tengah itu kerana sedang menuntut hak pencen mereka.

Dalam pada itu, turut difahamkan mereka terpaksa berdiri sambil menahan panas tetapi pihak atasan pula didakwa ketika itu berlindung di bawah khemah sambil mendengar ucapan yang agak lama itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati serta kasihan terhadap nasib yang dihadapi oleh veteran ATM terbabit.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

Terbongkar! Remaja 16 Tahun Disuap 'Ubat Kuat', Jadi Pelepas Nafsu Janda Dikenali Di TikTok

View Original Article