“Tak Puas Hati” – Dah Ditahan Polis, Pemuda Tumbuk Lelaki Tua Berkali-Kali Rupanya Bengang Sebab…

23 May 2022 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebuah video di media sosial hujung minggu lalu menunjukkan seorang penunggang motosikal menumbuk lelaki warga emas bertubi-tubi.

Kejadian berlaku di Padang Jawa itu mengejutkan ramai pengguna jalan raya berdekatan kawasan berkenaan yang berang dengan tindakannya.

Menerusi rakaman tersebut, pemuda itu dilihat menumbuk bahagian muka lelaki tua berkenaan berkali-kali tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Beberapa penunggang motosikal kemudian dilihat berhenti dan menghalangnya daripada terus membelasah lelaki tua itu.

Menurut laporan, pemuda berkenaan telah pun ditahan pihak polis dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata,

Siasatan mendapati suspek tidak puas hati kerana mangsa membelok secara tiba-tiba sehingga menyebabkan suspek memarahinya.”

image is not available

Katanya lagi, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Perintah reman telah didapatkan dari Mahkamah Shah Alam selama empat hari bermula hari ini.

Siasatan terhadap suspek berusia 23 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

image is not available

18 jam lalu

"Baran Sangat" - Lelaki Mengamuk Tumbuk Pakcik Tua Bertubi-Tubi Lepas 'Accident' Buat Netizen Naik Angin