Cecair Hidraulik Bocor Pada Sistem Brek Punca Gangguan LRT Kelana Jaya

21 May 2022 • 12:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar oleh Isabelle Leong

PETALING JAYA – Dalam tempoh kurang dua minggu, gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya berlaku lagi, pada waktu puncak semalam tren terhenti akibat masalah kebocoran cecair hidraulik angkup brek.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan pada sidang media hari ini berkata, kejadian yang menjejaskan 22,100 penumpang itu berlaku berhampiran stesen LRT Pasar Seni pada 4.36 petang semalam.

“Ketika melalui stesen KL Sentral, sistem brek pada Tren 62 gagak berfungsi akibat kebocoran cecair hidraulik, menyebabkan tren berhenti kerana tidak lagi selamat untuk dipandu secara manual,'' katanya.

Susulan itu Pusat Kawalan Operasi (OCC) terpaksa memotong bekalan elektrik bagi membolehkan jurutera dan juruteknik menjalankan kerja-kerja pemeriksaan ke atas tren terbabit. – Getaran 21 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved