“Semoga Bahagia Dengan Bekas Suamiku..” – Kakak Reda Adik Kandung Bernikah Dengan ‘Ex-Husband’

Entertainment
27 May 2022 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial negara seberang apabila seorang wanita dikatakan telah reda dan memberi restu untuk bekas suaminya menikahi adik kandungnya sendiri, lapor Suara.com.

Terlihat cekal dan rela melihat adiknya sendiri berkahwin dengan bekas suami, wanita yang dikenali sebagai Mamanya Aldy di Facebook itu turut memuat naik foto pernikahan pasangan itu disertakan dengan ucapan tahniah.

Ringkas namun berbekas, wanita itu mendoakan agar adiknya itu bahagia dengan bekas suami.

Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberi respon yang pelbagai dan ada yang bertanya sama ada anak pasangan itu akan memanggil si bapa dengan panggilan ayah atau pak cik.

image is not available

Sumber : Instagram  

Ada netizen memaklumkan bahawa adik wanita itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suami kakaknya sebelum bercerai dan perkahwinan itu berlaku.

“Ini yang selalu dikatakan, jangan pernah percaya dengan yang namanya ipar..” tulis seorang netizen.

image is not available 17 jam lalu

"Kalau Dah Jodoh" - Banyak Kali 'Reject', Wanita Ini Berkahwin Dengan Lelaki Beza Usia 18 Tahun