Mudah & Tak Leceh, Ikuti 5 Step Ini Untuk ‘Renew’ Passport Secara ‘Online’

18 May 2022 • 5:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan bermula dari tarikh 11 Mei 2022, proses pembaharuan pasport dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia tidak lagi akan diteruskan. Malah ia akan dilakukan secara atas talian sahaja.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, hal ini dilakukan kerana ia akan memudahkan warganegara untuk membuat pembaharuan pasport Malaysia dengan hanya secara online.

Jadi, sekarang ini mari kita lihat langkah-langkah mudah untuk membuat pembaharuan passport yang boleh anda ikuti:

image is not available

Langkah 1: Layari laman web rasmi https://imigresen-online.imi.gov.my/eservice/myPasport. Selepas anda sudah melayari laman web terbabit, pastikan anda baca terma dan syarat yang telah ditetapkan lalu klik SETUJU setelah selesai membacanya.

image is not available

Langkah 2: Selepas itu, masukkan maklumat peribadi terperinci di dalam kotak yang telah disediakan dan pilih pejabat Imigresen Malaysia yang terdekat dengan anda untuk mengambil pasport jika sudah siap.

image is not available

Langkah 3: Muat naik gambar pasport yang telah anda ambil mengikut saiz, warna background dan pakaian gelap yang telah ditetapkan.

image is not available

Langkah 4: Pastikan segala maklumat peribadi terperinci yang sudah anda isi betul. Selepas itu boleh terus membuat pembayaran. Sekadar info, harga untuk dewasa yang berumur 13 hingga 59 tahun adalah RM200 (5 tahun). Manakala, warga emas iaitu berumur 60 tahun ke atas adalah sebanyak RM100 (5 tahun).

image is not available

Langkah 5: Akhir sekali, apa yang anda perlu buat adalah mengambil pasport yang telah siap di pejabat Imigresen Malaysia yang telah dipilih oleh anda.

Semoga maklumat yang diberi akan membantu anda untuk membuat pembaharuan pasport Malaysia dengan mudah!

image is not available 7 hari lalu

Bajet RM3.6k Seorang, Lelaki Kongsi Itinerari Jimat Melancong Ke Turki Yang Mesti Anda Cuba!