
BARU-baru ini pengacara dan pelakon popular, Awal Ashari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.
Hos berusia 40 tahun itu dibenar untuk diikat jamin sebanyak RM2,000 manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai 2022.
Mengikut pertuduhan, Awal dikatakan melakukan kesalahan di pondok pengawal di sebuah kawasan perumahan di Damansara yang melibatkan anggaran nilai kerugian sebanyak RM600.
Pelakon filem Niyang Rapik itu menjelaskan situasi sebenar dalam sesi siaran langsung di laman sosial Instagram. Ia sekali gus memperbetulkan tanggapan ramai tentang dakwaan khianat di tempat awam.

Menerusi rakaman berdurasi 33 minit itu, Awal menjelaskan berlaku salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dengan pihak pengurusan perumahan.
Menurutnya, dia dihalang memasuki kediamannya sendiri Ramadan lalu disebabkan terdapat tunggakan yuran penyelenggaraan (maintenance).
Susulan itu, Awal mengaku mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya selepas permintaan untuk masuk ke kediaman sendiri bagi mengambil barang ditolak tanpa budi bicara.

“Mungkin kekhilafan saya tidak membayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan.
"Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada,” ujar Awal yang sudah mendiami rumah berkenaan selama 14 tahun.
View this post on Instagram
Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
FOR SALE

Dalam perkembangan terbaru, Awal menyatakan kesyukuran tinggal di tempat baru. Malah dia dipercayai dalam proses menjual kediaman terbabit.
Menerusi Insta story, pelakon kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu berkongsi sebuah foto kediaman untuk dijual.
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
The post Yuran 'maintenance’ tertunggak punca Awal dihalang masuk rumah, alih palang pagar guna tangan appeared first on Sinar Plus.

