“Gi Lah Mam! Allah Yang Bagi Kau Anak” – Diva AA Bidas Pendapat Siti Nurhaliza Isu Tutup Muka Anak?

23 May 2022 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang tidak kenal dengan selebriti yang lantang menyuarakan pandangannya mengenai sesuatu topik di laman media sosial iaitu Azwan Ali.

Seperti baru-baru ini, dia ada membuat satu ciapan di Twitter berkenaan dengan isu selebriti menutup muka anak dan memuji pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana biarpun anak ketiga baru dilahirkan, mereka sudah pun menunjukkan anaknya itu.

Isu tersebut telah diperkatakan oleh ramai selebriti lain, seperti Elly Mazlein dan juga penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

image is not available

Mungkin menyedari segala statement yang dilakukan oleh selebriti lain mengenai isu itu, Azwan Ali atau mesra dikenali sebagai Diva AA ada memuat naik satu ciapan seakan-akan marah pada seorang selebriti.

Di dalam ciapan itu juga dia memuat naik sekali satu keratan akhbar online yang memaparkan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenal pasti iaitu Siti Nurhaliza.

image is not available

Sekadar info, isu mengenai tutup muka anak yang baru saja dilahirkan ini sejak kebelakangan ini menjadi topik yang sering ditanyakan kepada selebriti-selebriti Malaysia ataupun mereka sendiri yang berkongsikan pandangan mengenai hal ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available


2 minggu lalu

"Baby Dah Mereput Pun Nak Cover!" - Puji Syatilla Tayang Bayi Baru, Tapi Diva AA Perli Siapa Tu?