Apple Dijangka Ubah Lightning Kepada USB-C Untuk Produk – Termasuk AirPods, Tetikus, Dan Sebagainya

TechnologyDigital
16 May 2022 • 12:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada minggu lepas, kita telah sedia mendengar laporan mengatakan Apple telah mulakan ujian pembangunan menggunakan USB-C pada iPhone akan datang – seawal 2023 kelak.

Selain daripada iPhone, kini penganalisa popular Ming-Chi Kuo turut mengatakan Apple akan melakukan perubahan penggunaan Ligthning pada pelbagai produk Apple ke USB-C.

Ini termasuk pada fon telinga nirwayar AirPods, selain pada aksesori seperti Magic Mouse, Magic Keyboard dan juga Magic Trackpad.

image is not available

Pada hari ini, kesemuanya menggunakan sambungan berasaskan Ligthning. Dengan peralihan menggunakan USB-C, Apple mungkin selarikan penggunaan pada semua produk mereka.

Apple hari ini menggunakan sambungan USB-C pada iPad dan juga MacBook. Perubahan pada iPhone dijangka akan membawa kepada perubahan meluas pelbagai produk ekosistem Apple lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved