(Ura-Ura) Xiaomi Pad 6 Mungkin Menggunakan Cip MediaTek – Dijangka Tiba Pada Bulan Ogos

TechnologyDigital
27 May 2022 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengenalan Xiaomi Pad 5 sebelum ini membuatkan ramai teruja dengannya kerana dilengkapi rekaan yang baik, di samping spesifikasi cukup memberangsangkan. Lebih menarik, ia turut ditawarkan pada harga tidak merabakkan poket pengguna yang sememangnya sinonim dengan jenama Xiaomi.

image is not available

Bagi yang menantikan variasi kemas kini untuknya, terdapat laporan yang mengatakan ia dijangka tiba sekitar bulan Ogos kelak. Ia mungkin dikenali sebagai Xiaomi Pad 6 dan turut telah ditemui tersenarai menerusi beberapa laman persijilan dengan nombor model 22081283G.

image is not available

Seterusnya, tablet juga dikhabarkan tiba dengan cip keluaran MediaTek dan bukannya Snapdragon seperti pendahulunya. Malangnya, tiada maklumat khusus mengenai jenis cip pemprosesan tersebut yang diketahui buat masa ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini dari masa ke semasa.