Elon Musk Sasar Pengguna Twitter Mencapai Hampir 1 Bilion Menjelang 2028

TechnologyDigital
8 May 2022 • 1:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk sedia mengumumkan akan mengambil-alih Twitter pada nilai $44 bilion, dan sedang mengumpulkan dana daripada pelbagai pihak untuk tujuan berkenaan. Untuk mencapai perkara berkenaan, Elon Musk menyediakan beberapa sasaran untuk Twitter menjelang 2028.

Salah satunya adalah mencapai angka pengguna sekitar 931 juta menjelang 2028 kelak. Ini adalah sekitar empat kali ganda berbanding pada penghujung 2021 yang mempunyai sekitar 217 juta.

Disamping itu, Elon Musk turut menyasarkan Twitter menjana pendapatan sekitar $26.4 bilion pada 2028 – berbanding hanya $5 bilion pada 2021.

Elon Musk juga ingin mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan berasaskan pengiklanan kepada pendapatan melalui langganan dan beberapa kaedah lain.

Dengan langkah-langkah ini, Elon Musk telah berjaya mengumpulkan dana daripada beberapa pelabur. Sama-sama kita nantikan lanjut siapakah lagi pelabur yang akan bersama Elon Musk dalam mendapatkan pegangan pada Twitter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved