Kempen tanpa beg plastik bakal dilakukan di semua negeri

LocalEnvironment
18 May 2022 • 10:07 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

KUALA LUMPUR : Kempen tanpa beg plastik yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor mendorong semua kerajaan negeri untuk melaksanakan caj pencemaran plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastic yang digunakan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan kementeriannya telah mendapat mandate untuk mengenakan caj pencemaran tersebut.

Tambahnya lagi, pelaksanaan kempen tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE).

“Beberapa negeri lain sedang dalam perancangan untuk mula melaksanakan kempen ini beserta dengan kutipan caj tersebut, bermula dengan fasa awal iaitu kesedaran pengguna.

“Inisiatif yang telah dilaksanakan sejak 2021 ini merupakan satu usaha yang berkesan dalam mengurangkan pencemaran plastik di Malaysia. Saya berharap inisiatif ini akan terus disokong oleh semua pihak demi kelestarian alam sekitar yang menjadi tanggungjawab kita bersama”, katanya.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mewujudkan lima kluster utama di bawah program Rakan Alam Sekitar (RAS) 2.0 bagi menjalankan aktiviti melestarikan alam sekitar di seluruh negara secara lebih fokus.

Dalam membentuk dan mengkategorikan ahli-ahli RAS, kewujudan Kluster RAS Agensi, Kluster RAS Kampus, Kluster RAS Sekolah, Kluster RAS Industri, dan Kluster RAS Komuniti yang melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan SUkarelawan Malaysia, Pengakap dan Rukun Tetangga.

Tuan Ibrahim berkata, bagi mengeratkan Kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, mesyuarat berkenaan bersetuju bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan dapat diseimbangankan dengan keperluan pelestarian alam sekitar.

-Agensi

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved