
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah–Barisan Nasional (GRS-BN) adalah satu-satunya kerajaan negeri yang menunjukkan keazaman yang tinggi dan benar-benar mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu formula perkongsian hasil 40 peratus dan dengan itu harus disokong semua pihak, kata Datuk Masiung Banah.
Adun Kuamut (Bebas) itu berkata, perkara itu sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu tetapi nampaknya gagal sehingga isu itu berterusan dan berulang kali digunakan untuk kepentingan politik semasa pilihan raya.
“Setiap kali pilihan raya tiba, kita sentiasa mendengar tentang perkara ini. Ia diulang-ulang oleh parti-parti politik terutamanya menjelang pilihan raya. Tetapi sehingga hari ini ia masih tidak dapat diselesaikan.
