“Amboi Macam Pro..” – Abang Kurier Dipuji Pandai Cari ‘Angle’ Ambil Gambar ‘Proof Delivery’ Barang

25 May 2022 • 12:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebiasaannya jika kita mengambil barang ketika syarikat kurier menghantar bungkusan, abang-abang ‘kurier’ akan mengambil foto sebagai bukti barangan sudah sampai ke tangan penerima.

Namun tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang gadis bertindak memuji penghantar barang yang pandai mengambil fotonya ketika menerima bungkusan kerana terlihat cantik!

Perkongsian tersebut juga telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji bakat abang kurier tersebut mencari ‘angle’ atau sudut ketika mengambil gambar bukti penghantaran.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing berhadapan perkara yang sama seperti gadis itu.

Kata netizen, ada abang kurier yang ‘sporting’ dan bekerjasama mengambil foto ‘proof of delivery’ yang cantik dan ada juga yang mempunyai foto buruk kerana tergesa-gesa mungkin?

image is not available

Sumber : Twitter  

Aku pula susah payah pakai baju elok-elok, pakai mask semua, tunggu diorang berjam-jam. Last-last ambil gambar kaki je. Kadang-kadang gambar tangga je!

Tapi kalau dah orangnya cantik atau kacak, tangkap gambar macam mana pun tetap elok kan?

image is not available 3 jam lalu

"Ni 'Family Trip' Ke?" - Netizen Persoal Kapasiti Jovian Ikut Rombongan PM Ke Jepun