Kilang buat tilam terbakar

28 May 2022 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Sebuah kilang membuat tilam di Jalan Jelebu di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Hidayat Basly, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 petang.

"Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban diarahkan ke lokasi.

Kerja pemadaman turut dibantu anggota bomba dari BBP Ampangan, BBP Seremban 2, BBP Senawang dan BBP Nilai.

"Kebakaran melibatkan kilang tilam berkeluasan 200x100 kaki persegi yang terbakar hampir 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, status mangsa belum diketahui berikutan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

"Maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa," katanya.