6 Masker Dari Korea Untuk Wajah Yang Berseri!

Beauty
14 May 2022 • 2:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Kehidupan ini sememangnya sibuk, tidak kira sibuk dengan sekolah atau rutin kecantikan, mudah sekali kita bakal terjebak dalam rutin yang sama hampir setiap hari. Lama-kelamaan, kita akan merasa bosan dan tidak produktif. 

Sehubungan itu, satu jenama kecantikan dari Korea Selatan, A’bloom mahu menggalakkan anda untuk mengubah rutin kecantikan harian anda agar menjadi lebih menyeronokkan!

image is not available
Althea Korea melantik Tracer selaku wajah masker rasmi A’bloom x Tracer

Sentiasa bertemakan kesegaran, keriangan dan perbezaan, A’bloom merupakan jenama yang penuh semangat untuk menceriakan hari anda anda membantu anda tampil hebat dan bergaya.

Produk kecantikan terlarisnya, rangkaian masker yang diperbuat daripada buah-buahan dan bahan semula jadi berkualiti tinggi, cukup sempurna untuk membantu anda mendapatkan kulit yang cantik berseri dengan cepat dan mudah.

Paling menarik, rangkaian masker ini diperbuat daripada 100% lembaran eucalyptus semula jadi untuk memberikan kelembapan maksimum dan unsur penyerapan yang baik.

image is not available

Esen eucalyptus ini turut mengimbangi tahap pH kulit, memulihkan kesihatannya sambil melindungi penghadang kelembapan untuk kulit lebih berseri.

Istimewanya, masker A’bloom ini hadir dalam enam jenis varian dengan manfaat-manfaatnya yang tersendiri, diuji secara klinikal supaya tidak merengsa dan selamat untuk kulit sensitif.

Tukarlah rutin penjagaan kulit anda yang membosankan dengan enam variasi pilihan masker A’bloom yang boleh digunakan setiap hari, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

image is not available

#1 Masker tembikai yang melembapkan

Mahukan kulit yang sentiasa lembap dan gebu? Inilah jawapannya! 

Tenangkan dan kekalkan kelembapan kulit wajah anda dengan ekstrak tembikai bersama bunga lavender yang menenangkan. 

image is not available

#2 Masker lemon-lime yang mencerahkan 

Dengan dos vitamin C dua kali ganda daripada ekstrak lemon dan limau nipis, masker yang satu ini dapat memberikan kesan pemulihan.

Kemunculan bintik-bintik hitam dan kulit kusam turut dapat dikurangkan. Tambahan teh hijau dapat mencerahkan di samping menenangkan kulit.

image is not available

#3 Masker avokado yang berkhasiat

Superfood yang sangat bagus untuk anda kini dalam bentuk masker! 

Suburkan dan lindungi kulit dengan ekstrak avokado yang kaya dengan antioksidan serta ekstrak bunga raya yang melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar.

image is not available

#4 Masker pic anti cela

Memberi kulit sensitif kesan yang menenangkan dalam keadaan segera. 

Ekstrak buah pic dan minyak pokok teh mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi tahap kelembapan dan membersihkan kulit untuk kesan yang lebih lembut dan licin.

image is not available

#5 Masker kelapa untuk ketegangan kulit 

Kaya dengan sifat menenangkan dan melicinkan kulit anda. 

Diselit dengan esktrak cendawan dan tremela, masker ini direndam dalam esen yang penuh dengan kolagen dan vitamin E untuk menegang, melicinkan dan menyingkirkan kekenduran. 

image is not available

#6 Masker beri biru anti penuaan

Diselit dengan ekstrak beri biru dan delima, masker ini kaya dengan sifat antipenuaan untuk memberikan anda kulit yang cerah dan awet muda.

Masker ini direndam dalam esen penuh antioksidan untuk membantu membaiki, meratakan dan menambah seri untuk menjadikan wajah anda berasa gebu, bercahaya dan gembira!

Layari Althea Korea untuk maklumat lanjut. – Getaran, 14 Mei 2022

image is not available

Gambar: Althea Korea

View Original Article