Peletakan jawatan Zuraida tidak jejas PN: Abdul Hadi

Politics
26 May 2022 • 1:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Peletakan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak menjejaskan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menentukan kerajaan.

"Peletakan jawatan beliau tidak menjejaskan PN kerana kita bergantung kepada sokongan rakyat.

"Malaysia adalah negara demokrasi boleh ikut mana-mana parti," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Pas Terengganu, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, ketika mengulas sama ada pemimpin lain akan mengikut jejak Zuraida menyertai PBM, Abdul Hadi berkata, ia terserah kepada pemimpin tersebut.

image is not available

"Itu saya tidak boleh komen sebab akan datang kita tak tahu. Pemimpin boleh pergi, boleh datang," ujarnya.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan dalam kabinet.

Pemimpin berkenaan juga mengumumkan penyertaannya dalam PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan, sekali gus keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).