HFMD: Jangan hantar anak ke sekolah atau taska sekiranya bergejala – Khairy

LocalFamily & Parenting
19 May 2022 • 8:57 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

KUALA LUMPUR – Sekiranya anak mempunyai tanda-tanda awal gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah ataupun taska, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, kebanyakan kes HFMD berlaku di taska dan sekolah merebak melalui air liur yang berpunca daripada tangan kanak-kanak.

Baca juga

“Apa yang penting adalah penerangan kepada ibu bapa mengenai apakah itu HFMD, gejala dan tanda penyakit itu serta langkah-langkah yang perlu dilakukan jika mengesan HFMD pada kanak-kanak.

“Kedua, ibu bapa perlu meningkatkan lagi kesedaran anak mereka tentang kebersihan kendiri seperti membasuh tangan dan semua ini kita sudah belajar melalui pandemik Covid-19,” katanya kepada media selepas Program World Asthma Day 2022 di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pemilik premis terutamanya taska dan tadika supaya sentiasa melakukan kebersihan pada premis mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Pembersihan ini mesti dibuat pada setiap hari agar semua permukaan dapat dicuci dan jika tidak, ia akan menyebabkan kesan HFMD untuk merebak.

“Pemberitahuan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kepada masyarakat setempat tentang titik-titik panas penyakit ini juga perlu dilakukan,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved