Sony Linkbuds S ada spesifikasi hampir sama dengan WF-1000XM4 tapi RM170 lebih murah

Digital
20 May 2022 • 10:32 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sony melancarkan produk baharu dalam keluarga audio mereka. Sony Linkbuds S adalah earbuds jenis TWS yang ada rekaan seakan WF-1000XM4. Produk ini akan mula dijual pada 7 Jun 2022 pada harga RM929.

image is not available

Spesifikasi Sony Linkbuds S

Linkbuds S memiliki pemacu bunyi 5mm, sedikit lebih kecil berbanding 6mm pada WF-1000XM4.

image is not available

Ia tidak bermakna Sony tidak mampu untuk masukkan ciri-ciri menarik WF pada Linkbuds S. Antara yang dikongsi kedua-dua mereka adalah:

  • Atas papan utama ada cip Pemproses V1
  • Penyaring hingar aktif (ANC)
  • DSEE Extreme untuk memainkan fail termampat sebaik fail asal.
  • Sokongan Hi-Res Audio meggunakan codec LDAC.
  • Sokongan pembantu maya Google dan Alexa.
  • Sokongan audio 360 spatial

image is not available

Berkongsi sebahagian besar ciri teknikal, ada satu kekurangan Linkbuds S yang boleh anda temui berbanding model yang lebih mahal. Bekas penyimpanannya tiada fungsi pengecasan tanpa wayar. Untuk mengisi tenaga bateri, anda perlu gunakan kabel USB-C yang disediakan.

image is not available

Sebagai perbandingan, WF-1000XM4 dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,099. Dengan harga serapat begitu, salah satunya mungkin akan menjejaskan penjualan model yang satu lagi.

Adakah pengguna ingin berjimat RM170 untuk dapatkan earbuds yang asasnya memiliki segala-gala yang WF ada ataupun habiskan RM170 untuk bekas pengecas wayarles dan pemacu audio lebih besar.