Digi Hadir Dengan Pas Raya – RM7 Untuk 555GB Selama Dua Hari

TechnologyDigital
1 May 2022 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digi kini mengumumkan mereka bakal menawarkan pas khusus bersempena hari perayaan, bermula 2 Mei sehingga 8 Mei 2022 ini.

Melalui pas ini, pengguna Digi tidak kira pascabayar atau prabayar, boleh melakukan langganan pada harga RM7 bagi mendapatkan akses data sebanyak 555GB selama dua hari.

Digi mengatakan ia menawarkan akses data berkelajuan tinggi, dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan – termasuk penstriman, melayari web, bermain permua dan sebagainya.

image is not available

Seperti biasa, pelanggan Digi boleh melanggan pas ini bermula 2 Mei 2022 ini melalui aplikasi MyDigi.