Tak Pakai ‘Helmet’, Wanita ‘Relax’ Cekak Pinggang Depan Polis Dekat Lampu Isyarat

26 May 2022 • 5:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum sedia tahu bahawa memakai topi keledar adalah wajib apabila menunggang motosikal di jalan raya atas tujuan keselamatan.

Akan tetapi, ramai yang tidak menghiraukan undang-undang tersebut atas dasar destinasi yang hendak dituju adalah dekat dan sebagainya.

Berikutlah yang dikongsikan di TikTok UtusanTV, di mana ia memaparkan seorang wanita menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila ada juga polis yang lalu di hadapan wanita tersebut ketika menunggu di lampu isyarat.

Selain itu, wanita berkenaan tetap berada dalam keadaan tenang, sambil bercekak pinggang sementara menunggu lampu isyarat tanpa rasa terganggu dengan anggota polis tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dengan kejadian yang terjadi di hadapan lampu isyarat itu.

image is not availableimage is not available

image is not available 2 hari lalu

"Saya Student Lagi!" - Mengigil Suara Pertahan Diri Dari Dikompaun Polis, Netizen Terhibur Dengar Alasan Gadis Ini