Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak

21 May 2022 • 9:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KINABATANGAN: Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin(gambar) yang juga Menteri Kerja Raya Negeri, berkata pihaknya turut bersimpati dengan rungutan rakyat terutama pengguna jalan yang terkesan dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di pantai timur Sabah.

“Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dan beliau telah memaklumkan Kementerian Kewangan (mengenai permohonan peruntukan).

“Peruntukan ini (RM265 juta) untuk membaiki jalan, bukan untuk menaik taraf sebab kalau menaik taraf, jalan itu akan dirobohkan semula dan akan ada jajaran baharu,“ katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di sini hari ini.

Bung Moktar berkata kerja membaiki jalan yang rosak itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun setengah.

Jalan raya di pantai timur Sabah terutama antara daerah Telupid dan Sandakan yang juga laluan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, mengalami kerosakan teruk kerana tidak diselenggara dengan baik sejak negara melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved