Ingatkan Ajak Teman Beli Cincin Suka-Suka, Rupa-Rupanya Bakal Mentua Terus Merisik Di Kedai Emas

Entertainment
24 May 2022 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mendirikan rumah tangga semestinya perkara yang ingin dilakukan untuk setiap insan bercinta.

Selalunya, pihak lelaki akan datang ke rumah pihak wanita untuk merisik dan berkenalan antara keluarga.

Namun lain pengalamannya bagi seorang gadis ini apabila dia dirisik di sebuah kedai emas secara tiba-tiba oleh bakal ibu mentua dan teman lelakinya.

Perkara itu dikongsikan di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Nad, di mana gadis itu dikatakan hanya menemani bakal ibu mentua dan teman lelakinya untuk membeli sebentuk cincin.

Tetapi setelah selesai membeli barangan kemas tersebut, teman lelakinya tiba-tiba merakam seperti mahu mengambil gambar antara gadis berkenaan dan ibunya.

Tanpa disedari, ibu kepada teman lelakinya terus merisik dan membuatkannya terkejut sehingga dia berasa malu apabila cincin disarungkan.

Beralih ke ruangan komen, ada netizen yang mendoakan pasangan tersebut dan ada juga yang memuji kecantikan ibu kepada teman lelaki gadis berkenaan.

image is not availableimage is not available

image is not available 3 minggu lalu

(VIDEO) Kekasih Datang Nak Bincang Pasal Tunang, Wanita Terkejut Lelaki Lain Datang Merisik Di Hari Raya