Masyarakat diseru terus pelihara alam semula jadi

24 May 2022 • 9:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Seluruh masyarakat, khususnya di daerah ini, diseru supaya memelihara dan memulihara alam semula jadi selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, tema itu juga merupakan satu tema yg bersesuaian dengan isu semasa kita sama ada di negeri ini, negara dan juga di peringkat global.

“Justeru itu, Pesta Kaamatan yang kita sambut setiap bulan Mei sinonim sebagai rasa kesyukuran kita menuai hasil yang dianugerahkan oleh Tuhan dan sangat sesuai dengan tema sejarah Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai.