Masjid Saidina Osman, masjid mukim kategori A

27 May 2022 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TANAH MERAH - Masjid Saidina Osman, Mukim Tepi Sungai di sini berada pada kelasnya yang tersendiri apabila telah dinaik taraf ke kategori A bagi masjid mukim ekoran pemerkasaan menerusi program imarah rumah ibadah berkenaan.

Imam Satu, Amin Zainal Abidin berkata, selain itu masjid berkenaan turut menjadi pilihan utama golongan musafir yang melalui kawasan Tanah Merah.

“Disebabkan itu dana berjumlah RM800,000 diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya masjid ini yang masih lagi dalam proses pengubahsuaian.

“Pembinaan sekarang sudah memasuki fasa akhir iaitu kerja pemasangan mozek, siling, cat dan pendawaian elektrik,” katanya.

Menurutnya, ia bagi membaik pulih bangunan lama yang hampir runtuh selain memberi keselesaan kepada jemaah.

Beliau berkata, kerja baik pulih telah dimulakan sejak April 2021 dan jumlah kos keseluruhan ialah RM2.2 juta.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 0305-401-0000-189 di bawah nama Masjid Saidina Osman, Mukim Tepi Sungai atau hubungi 012-766 6300.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved