'Sekolah wheelie' digempur, 81 saman dikeluarkan

5 May 2022 • 8:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASIR GUDANG - Lokasi dikenali dengan nama 'sekolah wheelie' dalam kalangan mat rempit di Taman Kota Masai di sini digempur menerusi Ops Khas Motosikal sempena Op Selamat 18, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, dalam operasi itu sebanyak 105 buah motosikal diperiksa dan kesalahan utama membabitkan tidak memakai topi keledar.

"Sebanyak 81 saman dikeluarkan dalam operasi tersebut. Berdasarkan statistik Op Selamat 18 Hari Raya Aidilfitri 2022, penunggang motosikal merupakan kategori paling tinggi menyumbang kepada jumlah kemalangan maut.

"Oleh itu, JSPT Johor terpaksa mengambil pendekatan agresif 'policing' dengan konsep 'total enforcement' terhadap golongan ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, lokasi berkenaan kembali menjadi tumpuan mat rempit selepas insiden kemalangan maut melibatkan empat remaja, seminggu sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Selain itu pihaknya mengingatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal untuk terus patuh pada peraturan dan undang-undang, tidak pentingkan diri, kawal emosi dan sentiasa bersabar dengan situasi semasa.

"Mereka juga diingatkan agar tidak membuat sebarang provokasi yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain, ini kerana faktor kecuaian merupakan penyumbang utama kepada kecelakaan jalan raya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved