Enam (6) Menu Mudah Disediakan Berasaskan Nasi Impit Untuk Jamuan Raya atau Rumah Terbuka

Food
5 May 2022 • 10:00 AM MYT
Bidasari Bahashim
Bidasari Bahashim

A blogger who love books, movies, music, food and traveling

image is not available

Lauk raya yang wajib ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Macam mana hari raya korang? Chaotic sikit ye sebab stesen cerapan anak bulan di Labuan nampak anak bulan lalu kita semua menyambut Aidilfitri pada 2 Mei sebab dalam minda kebanyakan orang kita akan menyambut Aidilfitri pada 3 Mei.

Tidak kira hari apa pun kita menyambut 1 Syawal, raya tetap raya kan?

Setelah dua (2) tahun kita tidak dapat berkunjung dan saling menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan semasa Aidilfitri kerana Covid-19, Alhamdulillah Allah izinkan kita semua menyambut Syawal pada tahun ini bersama semua.

Pastinya ramai juga yang telah merancang untuk membuat rumah terbuka bagi meraikan kaum keluarga dan teman-teman.

Den hendak berkongsi idea masakan rumah terbuka berasaskan nasi impit yang simple dan mudah hendak disediakan untuk orang yang tidak begitu rajin memasak tetapi hendak juga menjamu keluarga dan teman macam den.

Menu utamanya adalah nasi impit.

Maknanya nasi impit perlu disediakan dengan banyak untuk dimakan bersama enam (6) cadangan menu yang boleh disesuaikan dengan nasi impit seperti berikut:

1. Soto

Soto ayam pun sedap kan kalau kita makan di rumah terbuka.

Resepi soto mana yang korang hendak sediakan korang boleh Google kerana ada pelbagai versi soto daripada yang paling mudah hingga kepada resepi yang ada pelbagai jenis bahan.

Yang penting begedil dilupa jangan. Kalau tiada begedil macam tiada umpphhh lah soto kita.

Jangan lupa sup soto yang dimasak dengan kaki dan leher ayam. Memang boleh buat bertambah paling kurang dua (2) mangkuk ni.

Biasanya kita makan soto dengan nasi impit tapi kalau korang rajin sebab telah ada sup tersedia, boleh la celur mee kuning, bihun atau kuey tiaw. Boleh ada menu tambahan iaitu mee, bihun dan kuey tiaw sup begitu.

2. Lontong dan Kuah Lodeh

Ini merupakan salah satu menu yang memang sedap dimakan dengan nasi impit.

Kalau hendak buah kuah lodeh yang ringkas, kita masukkan sayur yang biasa ditemui dalam kuah lodeh seperti kobis, sengkuang, lobak merah dan kacang panjang. Tempe dilupa jangan.

Kalau hendak lebih meriah, sebenarnya korang boleh letakkan semua jenis sayur kegemaran korang dalam kuah lodeh ni tetapi disebabkan den memang suka resepi seringkas yang mungkin, den memang akan masukkan sayur yang biasa ada je lah.

3. Lontong Kering atau Lontong Goreng

Ada orang tidak pernah makan lontong kering tau.

Menu lontong kering ini dikatakan berasal dari Johor tetapi yang pasti ini adalah menu orang Jawa.

Lontong kering ini tidak lengkap kalau tiada sambal goreng jawa tau.

Menu yang melengkapkan lontong kering adalah sambal goreng jawa, sambal kacang, rendang ayam/daging dan serunding daging/ayam.

Ada je tambahan bahan lain tapi empat (4) bahan ini telah cukup untuk satu hidangan lontong kering yang sedap.

4. Rendang

Pelbagai jenis rendang boleh disediakan untuk dimakan bersama nasi impit.

  • Rendang daging.
  • Rendang ayam. Rendang ayam pencen pun boleh juga.
  • Rendang paru, limpa dan hati.
  • Rendang masak lemak cili api, rendang tok dan pelbagai resepi rendang boleh disediakan dan siap untuk dimakan bersama nasi impit.

5. Kuah kacang

Kuah kacang telah cukup sedap kalau dimakan dengan nasi impit tetapi kalau makan dengan sate lagi sedap kan.

Den paling suka resepi kuah kacang yang dimasukkan sedikit ayam sebab rasa manisnya agak berbeza dengan kuah kacang yang biasa.

6. Serunding

Ini paling senang sebab beli siap dari kedai.

  • Serunding daging.
  • Serunding ayam.
  • Serunding ikan.

Semuanya sedap dimakan bersama nasi impit.

Menarik tak enam (6) jenis menu berasaskan nasi impit?

Tidak terlalu renyah hendak disediakan tetapi tetap boleh menjadi menu lengkap untuk meraikan tetamu yang datang beraya di rumah kita sempena Syawal yang disambut sebulan.

Selamat menjadi hos rumah terbuka yang menyediakan juadah sedap kepada tetamu.

#Lifehacks / #PetuaHidup / #生活小妙招


Bidasari Bahashim adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.