Pengecas Pixel Watch Adalah USB-C Dan Dari Pengeluar Sama Dengan Apple Watch

TechnologyDigital
24 May 2022 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Pixel Watch adalah jam tangan pintar pertama Google yang didedahkan ketika acara Google I/O 2022. Jam ini hadir dengan rekaan premium, skrin berbentuk bulat serta menggunakan tali jam tersendiri. Sudah semestinya jam ini turut akan menjalankan Wear OS dengan beberapa perubahan berbanding dengan yang versi sekarang seperti Google Assistant generasi baharu.

Pixel Watch yang akan hadir dengan integrasi Fitbit ini dijangka akan menggunakan cip yang sudah berusia empat tahun dan akan dilancarkan bersama-sama Pixel 7 akan datang. Laporan terkini menyatakan akan terdapat tiga model berbeza Pixel Watch.

image is not available

Laporan dari 9to5Google, Pixel Watch dikatakan akan menggunakan pengecas dengan kabel USB-C. Pengecas ini dihasilkan oleh Compal Electronics iaitu syarikat yang sama yang menghasilkan pengecas USB-C untuk Apple Watch.

Apple Watch Series 7 menyokong pengecasan pantas 20% lebih laju berbanding Apple Watch lain. Tidak pasti sama ada Pixel Watch akan menyokong pengecasan pantas ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya akan datang.