Photo credit freepik.com
Tahukah anda bahawa ubi kayu adalah salah satu makanan ruji buat kebanyakkan penduduk di negara-negara tropika (Sumber). Meskipun kurang mempunyai nutrien, ubi kayu sangat kaya dengan karbohidrat serta bebas gluten.
Ini menjadikan ubi kayu sangat sesuai buat mereka yang mempunyai alahan terhadap gluten, bijirin mahupun gandum. Sembelit, keletihan, sakit kepala dan loya adalah beberapa gejala yang boleh terjadi akibat alahan ataupun intoleransi terhadap gluten.
Walaupun ubi kayu bukan makanan ruji di Malaysia, ianya masih lagi digemari ramai untuk dijadikan kuih-muih, manisan dan lauk-pauk. Berikut adalah lima kebaikan ubi kayu untuk kesihatan yang anda perlu tahu.

1. Sumber tenaga yang cepat dan murah
Munurut data daripada US Department of Agriculture (USDA), setiap 100 gram ubi kayu mampu untuk menyediakan hampir 135 kalori tenaga. Ini menjadikan ubi kayu salah satu sumber tenaga yang cepat dan murah.
Maka tidak hairanlah ketika Perang Dunia Kedua, penduduk di beberapa negara di Asia Tenggara mampu bertahan dengan hanya memakan ubi kayu rebus (Sumber).
2. Meningkatkan berat badan secara sihat
Buat mereka yang mempunyai masalah kekurangan berat badan, boleh cuba amalkan ubi kayu di dalam diet pemakanan seharian. Satu cawan ubi kayu (pearl) mampu membekalkan sekitar 544 kalori dan 135 gram karbohidrat.
Dengan pengambilan beberapa mangkuk puding ubi kayu sehari sudah mampu untuk meningkatkan kebarangkalian untuk menambah berat badan tanpa meningkatkan risiko atau kesan buruk daripada mengambil terlalu banyak lemak dan kolesterol (Sumber).
3. Alternatif yang bagus untuk pesakit seliak
Tepung yang berasaskan pati ubi kayu ialah alternatif terbaik untuk mengantikan tepung gandum buat mereka yang menghidap penyakit seliak yakni sejenis alergi makanan yang menghalang badan daripada menggunakan nutrien-nutrien tertentu seperti gluten.
Antara simptom penyakit seliak termasuklah cirit-birit, dengan najis coklat kekuningan atau kelabu yang mungkin cair. Najis tersebut juga kebiasaannya akan berbau busuk serta berminyak ataupun berbuih (Sumber).

4. Kaya dengan kanji degil (Resistant starch)
Kanji degil atau resistant starch ialah sejenis karbohidrat yang tidak dihadam dalam usus kecil tetapi akan menapai di dalam usus untuk terus memberi makan kepada bakteria usus yang bermanfaat (Sumber).
Apabila kanji degil memberi makan kepada bakteria bermanfaat di dalam usus, ianya boleh membantu mengurangkan keradangan dan menggalakkan kesihatan pencernaan (Sumber). Malah, faedah kanji degil juga dipercayai mampu untuk mengurangkan risiko obesiti serta diabetes jenis 2 (Sumber).
5. Mungkin membantu menurunkan paras gula darah
Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa kanji degil jenis 4 mungkin boleh membantu menurunkan paras glukosa darah selepas makan. Faktor ini juga dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan metabolik seseorang (Sumber).
Walaubagaimanapun, perlu ada lebih banyak penyelidikan yang harus dijalankan untuk mengaitkan ubi kayu dengan fungsi-fungsi tersebut.
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.