MB: Kerajaan Negeri sedia bincang dengan pembekal, atasi bekalan ayam

21 May 2022 • 5:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 21 MEI: Bekalan ayam di Selangor ketika ini masih mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna walaupun jumlahnya berkurangan berbanding sebelum ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini pembekal tidak dapat menyalurkan bekalan ayam dalam jumlah tinggi tetapi perbincangan akan diadakan supaya kapasiti tertentu dapat dibekalkan kepada pengguna di negeri ini.

“Kita sedia berjumpa dengan mana-mana pihak termasuk pembekal. Masalah ayam ini bukan menjejaskan pengguna sahaja tetapi pembekal turut terkesan.

“Mereka yang menjalankan perniagaan dan penternak turut menanggung rugi yang berpanjangan,” katanya ditemui selepas meninjau proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Gombak di Dewan Beringin di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan akan menghantar lebihan ayam ke negeri yang berdepan kekurangan bekalan sebagai alternatif penyelesaian jangka masa pendek.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid, langkah itu dapat meredakan keresahan pengguna berikutan kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri akibat penutupan ladang ternakan oleh beberapa syarikat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved