Lebih 5,000 pengunjung hadir rumah terbuka negeri di Sungai Besar

20 May 2022 • 11:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SABAK BERNAM, 20 MEI: Lebih 5,000 pengunjung berbilang bangsa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di pekarangan Stadium Sungai Besar, di sini petang tadi.

Program bermula jam 4 petang diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Speaker Dewan Negeri yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Ng Suee Lim, ADN Tanjung Sepat Borhan Aman Shah, ADN Sabak Ahmad Mustain Othman dan ADN Sungai Panjang Dato’ Imran Tamrin.

image is not available
Orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD NAHAR SULAIMAN/SELANGOR TV

Dalam pada itu, Amirudin turut mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak, membuat cabutan bertuah serta beramah mesra dengan pengunjung.

Rumah terbuka secara besar-besaran melibatkan sembilan daerah membuka tirai pada 15 Mei di daerah Hulu Selangor dan berakhir di Petaling dan Klang, esok.

Rumah terbuka Petaling diadakan di Padang Awam MBSJ Puchong Indah mulai 2.30 hingga 5.30 petang, manakala di Klang pula bermula 8 hingga 11 malam di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran.

image is not available
Orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD NAHAR SULAIMAN/SELANGOR TV