Kanak-kanak pun ada strategi kutip duit raya

5 May 2022 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MERAK Jalanan juga pernah melalui zaman kanak-kanak yang gembira menyambut Aidilfitri dengan mengumpul duit raya melalui aktiviti kunjungan dari rumah ke rumah.

Mengimbau kembali waktu itu, Merak Jalanan akan bersama kawan-kawan menjelajah ke seluruh kampung bagi mengumpul sebanyak mungkin duit raya kerana peluang tersebut hanya datang setahun sekali.

Perancangan kutipan sudah dilakukan lebih awal bagi memastikan ia mencapai sasaran yang diangan-angankan.

Strategi yang pertama ialah gerakan kumpulan bersama rakan-rakan tidak lebih tiga orang kerana kumpulan akan melambatkan pergerakan.

Keduanya, cukup sekadar memakai selipar kerana pemakaian kasut bertali akan menyulitkan keadaan setiap kali untuk masuk dan keluar rumah ketika mengutip duit raya.

Ketiganya ialah beraya dengan menggunakan basikal kerana boleh pergi ke tempat yang lebih jauh dan lebih pantas berbanding berjalan kaki yang akan menyebabkan keletihan.

Keempat, wajib membawa bersama 'pouch beg' kerana memudahkan cara untuk memasukkan duit raya yang diberikan oleh tuan rumah.

Dan strategi yang paling utama ialah wajib mengunjungi rumah-rumah yang mempunyai 'track record' memberikan duit raya RM1 kerana pada masa itu purata yang diterima ialah 20 sen.

Pada masa itu, Merak Jalanan tidak mengabaikan aspek ziarah Aidilfitri kerana akan masuk dahulu ke dalam rumah dikunjungi, merasai juadah dan berbual ringkas dengan tuan rumah.

Zaman sudah berubah, kini gerombolan kanak-kanak berterus-terang menyatakan mereka hanya mahu duit raya tanpa perlu masuk ke rumah untuk merasai juadah.

Ada juga yang tanpa berselindung menyatakan mahu duit raya RM2 setiap seorang. Apa pun situasinya, yang penting kanak-kanak tetap ceria untuk sambut hari raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved