Suspek Bunuh Lari Ke Gunung, Menyamar Jadi Tarzan Elak Diburu Polis

18 May 2022 • 12:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Anggota polis wilayah Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia berjaya menangkap suspek kes pembunuhan seorang wanita Khamis lalu.

Suspek yang berusia 30 tahun itu berjaya diberkas ketika bersembunyi di Gunung Walat, Kecamatan Cibadak.

Polis Sukabumi, Putu Asti Hermawan berkata, siasatan awal mendapati motif pembunuhan mangsa adalah disebabkan mangsa ingin rujuk kembali bersama bekas suaminya.

Suspek dikenali dengan nama RR yang sudah empat bulan bercinta dengan mangsa tidak dapat menerima keputusan itu.

image is not available

Suspek telah ke rumah kekasihnya untuk membincang soal itu sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka. Mangsa kemudiannya ditikam beberapa kali menggunakan pisau yang dibawa oleh suspek sendiri.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

Manakala suspek pula melarikan diri ke Gunung Walat. Kata Hermawan, selama bersembunyi di Gunung Walat suspek mengaburi mata polis dengan menyamar menjadi tarzan memakai rambut palsu panjang.

Ketika ditangkap, polis menemui barang bukti iaitu pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.