Yes Hadir Dengan Pelan Data Tanpa Had 5G + 4G, Panggilan Tanpa Had – Prabayar RM30 Sebulan, Pascabayar Bermula RM58 Sebulan

TechnologyDigital
26 May 2022 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Yes hari ini memperkenalkan identiti dan penjenamaan baharu mereka, dan bersama-sama dengannya, Yes turut memperkenalkan pelan pascabayar baharu mereka dengan akses data tanpa had, dinamakan Infinite+.

Sebanyak empat pilihan pelan ditawarkan dimana semuanya hadir dengan akses data tanpa had dalam rangkaian 4G dan juga 5G. Ia juga turut hadir dengan sokongan panggilan tanpa had. Membezakannya adalah dari segi penggunaan data hotspot.

image is not available

Pelan paling asas hadir pada harga RM58 sebulan yang menawarkan tambahan akses data hotspot sebayak 10GB. Perbezaan disediakan oleh Yes pada akses data hotspot – dimana sekiranya anda inginkan akses sehingga 100GB, ia berharga RM178 sebulan.

Untuk pelan pascabayar baharu ini, pengguna turut akan menerima pilihan telefon percuma sekiranya mendaftar dengan kontrak selama 36 bulan.

Selain pelan pascabayar ini, Yes juga turut mengekalkan pelan prabayar, menawarkan akses tanpa had pada harga bermula RM30 sebulan yang hadir dengan pelan data tanpa had untuk rangkaian 5G dan 4G, selain sokongan panggilan tanpa had. Ia hanya hadir dengan sokongan data hotspot sebanyak 9GB. Untuk pelan prabayar ini, kelajuan 4G dihadkan kepada 7Mbps.

image is not available

Dengan pelancaran pelan baharu ini, Yes turut mengalakkan orang ramai beralih ke rangkaian 5G dan menikmati akses lebih pantas melalui pelan baharu mereka ini.

View Original Article