“35,600 Rakyat Mati Tau Tak?” – Netizen Tak Setuju PM Terima ‘Honorary Doctorate’ Di Jepun, Ungkit Cerita ‘PRN Sabah’

26 May 2022 • 12:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Universiti tertua di Jepun, Universiti Nihon telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Berita Harian, anugerah itu adalah tanda pengiktirafan usaha dan sumbangan beliau dalam memerangi pandemik Covid-19.

image is not available 1 minggu lalu

"Cringenya!" - Ismail Sabri Teruja Disambut Di 'Airport', Rupanya Semua Dah Dibayar?

Beliau bagaimanapun berkata anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersama-sama kerajaan menangani pandemik ini.

Sesungguhnya anugerah ini adalah satu pengiktirafan besar bukan hanya untuk saya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya untuk menangani pandemik COVID-19 dengan cara sendiri.”

image is not available

Namun, lain pula penerimaan netizen berkenaan anugerah diberikan kepadanya itu.

Menerusi media sosial, ramai yang tidak bersetuju beliau dianugerahkan ijazah tersebut dan menganggap Ismail Sabri malah sebenarnya punca kes semakin tinggi dan banyak kematian akibat Covid-19 di negara ini suatu ketika dulu.

Warganet di Twitter turut mengimbau kembali situasi pada tahun 2020 di mana beliau memutuskan pengundi PRN Sabah tidak perlu kuarantin selepas pulang ke Semenanjung.

image is not available

image is not available