“Cubalah Mudahkan Je..” – AJK Didakwa Halau Jemaah Masjid Hanya Sebab Tak Bawa Sejadah?

25 May 2022 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak berlakunya pandemik di negara kita dua tahun yang lalu, SOP untuk solat jemaah di masjid telah diperketatkan dan disebabkan itu juga, ramai yang tidak berpeluang untuk beribadat di masjid.

Bermula 1 April yang lalu, kerajaan telah melonggarkan undang-undang dan rakyat boleh menjalankan ibadah seperti biasa. Namun, melalui rungutan seorang jejaka di Facebook ini berbeza pula.

image is not available

Difahamkan dari hantaran yang dilakukan, pihak masjid telah menghalau jemaah untuk solat diluar dan ianya kerana hanya tidak membawa sejadah dan bawa kanak-kanak.

Melihat di ruangan komen hantaran tersebut, ada juga yang berkongsikan kisah sama yang dihadapi oleh jejaka tersebut dan meluahkan rasa tidak puas hati apabila AJK masjid terbabit berbuat demikian.

image is not available

Malah, ada juga warganet yang berpendapat sekarang ini sudah memasuki fasa endemik, jadinya tidak perlu AJK masjid berkenaan berkelakuan sedemikian dan mudahkan urusan jemaah untuk menunaikan ibadat di sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

Veteran ATM Berjemur Berjam Nak Tuntut Hak Pencen, Orang Atasan 'Relax' Bawah Khemah?