Netizen Selar Tindakan Lelaki Pukul Warga Emas Di Tengah Jalan

22 May 2022 • 9:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tindakan seorang lelaki yang memukul seorang warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam, mendapat kecaman dari netizen.

Video tular di media sosial

Video mengenai insiden itu mula tular selepas dimuatnaik beberapa pengguna di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada ketidakpuasan hati lelaki tersebut terhadap warga emas itu selepas mereka berdua dipercayai terlibat dalam satu kemalangan.

Video yang tular itu mendapat reaksi dan pelbagai komen dari warganet. Rata-rata mereka menyelar tindakan lelaki berkenaan yang menumbuk muka warga emas itu berkali-kali seperti melepaskan gian. Ada juga yang berpendapat mungkin ada sebab pemuda berkenaan memukul warga emas itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kalau betul pon pak cik tu yang menjadi punca perbalahan, janganlah sampai begitu sekali dipukulnya pak cik tu. Apa-apa pon semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Kredit: Twitter Malaysia Most Viral | TikTok Malaysian Update

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media