ADN: PBT disaran tingkat penguatkuasaan, denda tinggi buang sampah merata

7 May 2022 • 10:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 MEI : Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu meningkatkan penguatkuasaan serta mengenakan denda pada kadar tinggi terhadap individu yang membuang sampah merata-rata.

Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj berkata tindakan itu diyakini dapat mendisiplinkan masyarakat daripada terus membuang sampah sekali gus melahirkan negeri yang bersih.

“Sebagai contoh Muar yang dianugerahkan daerah terbersih di Asia. Pujian harus diberikan kepada sikap penduduknya yang menjaga kawasan bukan sahaja kediaman malahan persekitaran turut dititikberatkan.

“Justeru, dengan mengenakan caj tinggi kepada orang awam yang membuang sampah merata sudah pasti ia dapat menakutkan golongan tidak bertanggungjawab ini,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menyeru ketua komuniti suoaya mendidik penduduk sentiasa menjaga kebersihan sekali gus menjadikan DUN Sentosa antara terbaik di Selangor manakala Klang terbersih berbanding Muar, Langkawi dan Georgetown.

“Ayuh bersama kita transformasi Selangor sebagai sebuah negeri yang digeruni dan dijulang sebagai bandar terbersih di Asia,” katanya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved