Asian Supply Base Sdn Bhd sedia kembangkan operasi niaga di Sabah

17 May 2022 • 12:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) dari Labuan bercadang untuk mengembangkan operasi perniagaannya ke kawasan tertentu di Sabah.

Syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah itu telah mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Perindustrian negeri daripada segi fasilitasi.

Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata kementeriannya bersedia memperuntukkan tanah yang sesuai bagi membantu ASB mengembangkan operasi asas bekalannya di Sabah.

“Kami tidak melihat sebarang halangan untuk ASB mengembangkan pangkalan bekalan logistiknya ke Sabah, dan idealnya di taman perindustrian perdana Sabah yang didedikasikan untuk aktiviti hiliran minyak dan gas Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP).

“Atau ASB boleh melihat opsyen memperluaskan pangkalan bekalannya di kluster perindustrian minyak sawit Lahad Datu (POIC Lahad Datu) atau di Sandakan, kami boleh memudahkan usaha di kawasan itu melalui penyediaan tanah yang sesuai untuk operasi pangkalannya,” katanya selepas melawat ASB di sini, Ahad lepas.

Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah III berkata cadangan pengembangan ASB di Sabah adalah tepat pada masanya memandangkan penerokaan gas asli Petronas di pantai timur laut negeri itu.

Diperbadankan pada 1984, ASB merupakan hab logistik bersepadu dengan keluasan binaan 345 ekar, yang mana, tumpuan diberikan dalam penyediaan kemudahan termasuk perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan syarikat minyak dan gas yang terlibat dalam penerokaan, pembangunan serta pengeluaran (EDP).

Pengerusi ASB Datuk Suhaili Abdul Rahman (gambar) berkata ASB bersedia untuk mengembangkan operasi pangkalan bekalannya ke Sabah kerana kepakaran dan pengalamannya.

“ASB sebagai GLC milik penuh Kerajaan Sabah, bersedia ke arah pengembangan dan kami akan menggerakkan pasukan kami bagi memaksimumkan pendapatan kami dalam bidang minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata sejak beroperasi lebih tiga dekad di Labuan, cabang pelaburan negeri Sabah itu telah mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di Labuan dan Sabah serta menyokong aktiviti perniagaan.

Sebanyak 88 syarikat antarabangsa termasuk domestik berkaitan minyak dan gas kini beroperasi di pangkalan operasi ASB dengan 16 daripadanya adalah kontraktor pengaturan petroleum dan baki 71 adalah kontraktor pengaturan bukan petroleum.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.