Apple Mewajibkan Pembangun Membenarkan Pengguna Memadam Akaun Dari Dalam Aplikasi Bermula 22 Jun

TechnologyDigital
25 May 2022 • 5:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple menambah peraturan baharu untuk aplikasi di App Store bermula 22 Jun hadapan. Sebarang aplikasi yang membenarkan pengguna menghasilkan akaun perlu membenarkan pengguna turut memadam akaun mereka terus dari dalam aplikasi pada tarikh tersebut.

image is not available

Ciri ini juga harus dengan mudah dicari oleh pengguna dalam aplikasi. Sekiranya ciri Sign In with Apple digunakan, token kebenaran yang diberikan oleh pengguna turut perlu dipadam selepas akaun dipadam.

Sebarang data pengguna turut harus dipadam oleh pembangun bukan sekadar dinyahaktifkan menerusi garis panduan App Store Review Guidelines 5.1.1(v) yang baru diterbitkan ini. Ini adakah menyelarikannya dengan prinsip Apple bahawa privasi data pengguna dihormati.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved