Dihentak 20 Kali Dengan ‘Handphone’, Wanita Cedera Teruk Disamun Gelandangan

19 May 2022 • 4:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Facebook, hantaran seorang pengguna dikenali sebagai Hemi Mohd yang meluahkan rasa kecewa apabila isterinya disamun oleh orang kurang siuman atau gelandangan.

Menerusi hantaran tersebut, Hemi turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan isterinya yang cedera teruk di bahagian muka dan kepala.

Menurut laporan Kosmo, isterinya, Fuza Nordin ditendang dari arah belakang oleh gelandangan sehingga isterinya terjatuh sebelum disamun.

image is not available

Isteri saya diketuk lebih 20 kali menggunakan handphone isteri saya sendiri, ditendang dan dipukul serta dikorek mata kanannya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata kejadian berlaku pada pukul 10 pagi ketika mangsa berusia 30an berjalan kaki sendirian ke pusat beli belah di Centre Point Mall Klang.

Serangan berlaku dalam lingkungan 15 minit. Isteri berjalan secara sendiri dengan lumuran darah.

image is not available

Dalam pada itu, polis memaklumkan tiada kerugian dilaporkan, namun suspek merupakan seorang gelandangan, berbadan kurus, berkulit sawo matang, berambut panjang paras bahu dan dianggarkan berumur 40an.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

“Orang Teraniaya Akan Menang..” - Kes #justiceforbella, Peguam Hafidzah Hassan Masih Sama Pendirian

View Original Article