Sukan Sea: MB ucap tahniah kejayaan atlet raih emas ketiga, keempat negara

9 May 2022 • 10:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 MEI: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang berjaya menyumbang dua pingat emas Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam hari ini

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan tersebut menjadi aspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada Ooi Tze Liang yang telah berjaya meraih pingat emas ketiga untuk negara di temasya Sukan SEA Hanoi 2022

“Tze Liang berjaya memungut 377.70 mata dan berada di kedudukan pertama acara satu meter papan anjal individu. Anda inspirasi buat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada gandingan Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying meraih emas keempat bagi acara tiga meter papan anjal seirama wanita.

“Tahniah Yan Yee dan Ker Ying. Anda wirawati kami,” katanya.

image is not available
Pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Yin meraih pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Sukan Sea ke-31, Hanoi, Vietnam pada 9 Mei 2022. Foto Facebook Amirudin Shari