Mangsa banjir di Muallim, Batang Padang meningkat

26 May 2022 • 9:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TANJUNG MALIM - Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 226 orang membabitkan 67 keluarga di daerah Batang Padang dan Muallim.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.

Menurutnya, terdapat empat lokasi di daerah Muallim dilaporkan terjejas iaitu Kampung Rasau, Trolak Pekan, Taman Slim Permai dan Kuala Slim.

"Empat PPS dibuka iaitu Sekolah Agama Rakyat Kampung Rasau yang menempatkan 40 mangsa; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak Pekan (46 mangsa); Pejabat Kemas Tanjung Malim (12 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan Kuala Slim 30 mangsa, " katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Katanya, tiga PPS dibuka bagi menempatkan 97 mangsa banjir dari kawasan Bidor, Sungai Klah Baru dan Trolak Selatan di daerah Batang Padang.

"PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Bidor dibuka bagi menempatkan 17 warga emas dari sebuah pusat jagaan di sini.

"PPS Dewan Sungai Klah Baru pula menempatkan 38 mangsa manakala Dewan Semai Bakti Trolak Selatan menempatkan 42 mangsa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved