Kena Tindih Dan Nampak Kelibat, Lelaki Diganggu Lepas Tonton Filem ‘KKN Di Desa Penari’

19 May 2022 • 12:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini filem seram yang dinanti-nantikan daripada negara seberang Indonesia telah dikeluarkan di panggung-panggung wayang di Malaysia.

Oleh itu, ramai yang berpusu-pusu datang ke panggung untuk menjadi yang terawal menonton filem tersebut.

Namun begitu, banyak cerita-cerita mistik yang menimpa penonton setelah menonton filem berkenaan.

image is not available

Sumber : Gambar sekadar hiasan  

Memetik laporan mStar, kali ini seorang lelaki bernama Shahrul (bukan nama sebenar) berkongsikan pengalamannya menghadapi detik-detik tidak menyenangkan setelah menonton filem tersebut.

Menurut Shahrul, dia berasa resah sepanjang perjalanan dan merasakan seperti ada sesuatu yang berada di tempat duduk belakang keretanya selepas pulang daripada menonton filem itu.

Shahrul juga menyatakan bahawa sampainya dia di rumah, dia terus masuk ke bilik dan tidur tanpa membersihkan diri kerana terlalu letih untuk berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, dia terjaga daripada tidurnya sekitar pukul 4 pagi dan terlihat dua kelibat berdiri di penjuru bilik.

Shahrul juga memperincikan dua kelibat yang dilihat itu berambut panjang dan memakai kebaya.

image is not available

Sumber : Gambar sekadar hiasan  

Selain itu, dia juga cuba untuk bangun daripada katil tetapi badannya seolah-olah ditindih membuatkan dia terus memejamkan mata dan terus kembali tertidur.

Namun, selepas kejadian itu terjadi, Shahrul berkata perkara yang dialaminya mungkin kerana faktor pulang lewat ke rumah dan bukanlah disebabkan filem seram itu.

image is not available 6 hari lalu

(VIDEO) ‘Alarm’ Kecemasan Berbunyi Masa Layan Cerita Seram, Netizen Kaitkan Kejadian Dengan Unsur Mistik